Monday 30 May 2016

SUMBANGAN MESIN AIR TAPIS

Pemasangan air tapis sumbangan daripada Alumi SPM 2015 bagi penggunaan warga sekolah pada rabu lepas, 1 Jun 2016. 

Bagi sebarang sumbangan water filter atau peralatan lain boleh hubungi pejabat pengurusan sekolah di:

SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI

Lot 8796 Kampung Sungai Tangkas,
Batu 18 Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor.

Tel:    +603 8925 2454
Faks:  +603 8925 8717

+603 8927 3001 (pejabat sekolah rendah)
+603 8927 3002 (pejabat sekolah menengah)

Friday 27 May 2016

PROGRAM PENGISIAN OLEH KETUA PELAJAR DAN GOTONG ROYONG PERDANA













PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN 2016

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IHYA RAMADAN SM SAAB





AKTIVITI SESI PENGGAL 1 2016

MEI

9-25/5 Peperiksaan Penggal 1 2016

26/5 Sambutan Hari MURABBI
(Warga Al-Amin)

29-31/5 Karnival Amal Islami MGBSIM 2016

28/5 Cuti sekolah Penggal 1 2016 bermula


APRIL
2/4 Gotong Royong Perdana anjuran PRS
(Warga Al-Amin)

3/4 Cabaran Debat BI
(Warga Al-Amin)

4/4-6/4 Pertandingan Membaca Program Nilam
(Warga Al-Amin)

9/4 Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Daerah Kajang
(Wakil Sekolah ke Daerah & peserta-peserta MTQ yang lepas)

10/4 Cabaran Debat BA
(Warga Al-Amin)

MAC
6/3 Rehlah Sanawiyah Tahfiz: Putrajaya
Taman Botani, Muzium & Pengurusan Masjid Sultan Mizan
(Pelajar Tahfiz Al-Amin Bangi)

7/3-28/3 Program Ihya Sunnah
(Warga Al-Amin)

21/3-28/3 Indoor Game Banat
(Warga Al-Amin, Banat & Muallimah sahaja)

27/3-10/4 Cabaran Debat BM
(Warga Al-Amin)

FEBRUARI
5/2 Merentas Desa
15-19/2 Minggu Sukan
20/2 Hari Kemuncak Sukan Tahunan
24/2 Ceramah Keselamatan Jalanraya
28/2 Mesyuarat PIBG

JANUARI
2/1 Gotong Royong SMI bersama PIBG
(Warga Sekolah)

14/1 Taklimat ibubapa baru

18/1 Sesi Watikah Perlantikan Kepimpinan Sekolah

Monday 23 May 2016

KEM HAFAZAN PENGGAL 1 2016


SILIBUS HAFAZAN 2016

TINGKATAN
TILAWAH DAN HAFAZAN
1
Juzuk 29
Surah WAJIB:
Al-Mulk
Nuh
AL-Jinn
Al-Muzzammil
Al-Qiamah
Al-Insan
2
Juzuk 1
3
Juzuk 2
4
Juzuk 3
5
Surah al-Sajdah, Yaasin & Juzuk 4
Tarikh akhir tasmik:
Penggal 1 25 Mei 2016, Rabu
Penggal 2 31 Oktober 2016, Isnin

1. Silibus subjek Hafazan di atas adalah seperti yang telah ditaklimatkan oleh pihak Penolong Akademik SMI di awal tahun kepada ibubapa dan para pelajar-pelajar.

2. Semua pelajar diwajibkan untuk.menghabiskan hafazan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Unit Al-Quran untuk penggal 1 sehingga 25 Mei 2016 (Rabu) dengan mendengarkan bacaan@ tasmik kepada guru Hafazan kelas masing-masing. Semoga Allah ganjari kesungguhan para pelajar yang berusaha memastikan target ini tercapai melalui setiap kelas-kelas hafazan mingguan yang telah dijadualkan.

3. Silibus penggal 1 adalah seperti berikut

Tingkatan 1 - Nuh, al-Qiamah & al-Insan
Tingkatan 2-  juzuk 1 hingga m/s 10 (al-Baqarah)
Tingkatan 3 - juzuk 2 hingga m/s 30 (al-Baqarah)

Tarikh akhir tasmik dengan guru2 hafazan kelas masing2 ialah 25 Mei 2016 (Rabu)

4. Sekiranya pelajar tidak berjaya menghabiskan silibus tersebut, Unit Al-quran akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa yg akan memaklumkan pelajar untuk WAJIB hadir ke Kem.Hafazan cuti sekolah yang akan bermula pada hari Selasa 31 Mei 2016 hingga Jumaat 3 Jun 2016 dengan bayaran denda sebanyak RM10 sehari.

Surat Jemputan Kem Hafazan Penggal 1
 


5. Seterusnya, dengan izin Allah taala, sekiranya pelajar ini berjaya dalam urusan tasmik dengan lancar & menghabiskan hafazan dalam tempoh sehari, makanya dia tidak perlu datang lagi keesokan hari. Pelajar akan diserahkan surat menyelesaikan hafazan yang ditetapkan:


Surat Tamat Silibus Penggal 1


Kami mengharapkn kerjasama tuan/puan agar memantau perkembangan dan pencapaian hafazan anak-anak setakat ini dengan merujuk kepada catatan rekod pada buku hafazan anak-anak dan memantau mereka di rumah.

Subjek Al-quran dan Hafazan adalah salah satu syarat untnk melayakkan pelajar naik ke tingkatan seterusnya tahun 2017 di sekolah ini.

Jazakumullah khairan kathira
PKA SMI

RAMADAN atau RAMADHAN?




Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.


Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan".

Usahacari oleh : Admin smsaab
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ramadan&d=10

AHLAN YA RAMADAN 1437

Seluruh warga Al-Amin Bangi meraikan ketibaan bulan Ramadan, bulan yang penuh barokah ini.
Selamat datang Ramadan al-Mubarak.



1) Niat Puasa Ramadan


2) Info Ramadan

Ramadan- Malay

Ramadan-Arabic





Thursday 19 May 2016

POSITIVE PARENTS GET TOGETHER SIRI 1 2016


MAKLUMAN CONFIRM A@UNITEN UNTUK PELAJAR CALON PT3 & SPM 2016






Alhamdulillah sebagai sebahagian previlage menjadi sekolah angkat, Program SHINE@UNITEN seperti mana sesi perlantikan pada 2 Mac 2016 berlangsung di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar. SM Sri Al-Amin Bangi telah terpilih menerima Program Tusyen Online Confirm A@ UNITEN bagi calon UPSR (rujuk di sini) serta calon PT3 dan SPM. Program ini adalah inisiatif dalam mempelbagai Tanggung Jawab Sosial Korporat, CSR pihak UNITEN bersama Yayasan Canselor UNITEN.

Kini tingkatan 3 dan tingkatan 5 boleh mengulangkaji menggunakan bank soalan yang terdapat dalam confirm A@UNITEN. Nama pelajar-pelajar bersama username dan password telah didaftar dan untuk dapatkan username dan password CONFIRM A@UNITEN sila klik link:
1) Tingkatan 3/ PT3 
di sini

2) Tingkatan 5/SPM di sini

Sila ke website http://confirma.com.my/
1) Sila klik sign in
2) Isikan Username  & Password anda
3) Klik di bahagian Profile & selanjutnya nama anda akan tertera di paparan laman tersebut.
4) Lengkapkan makluman yang diminta & insyaAllah anda boleh menggunakan Question Bank bagi latihan-latihan anda.

Semua latihan anda akan dicatatkan & direkodkan oleh sistem ini serta akan terus ke makluman ibu ayah anda.


SELAMAT BELAJAR ....

Monday 16 May 2016