Monday 23 May 2016

KEM HAFAZAN PENGGAL 1 2016


SILIBUS HAFAZAN 2016

TINGKATAN
TILAWAH DAN HAFAZAN
1
Juzuk 29
Surah WAJIB:
Al-Mulk
Nuh
AL-Jinn
Al-Muzzammil
Al-Qiamah
Al-Insan
2
Juzuk 1
3
Juzuk 2
4
Juzuk 3
5
Surah al-Sajdah, Yaasin & Juzuk 4
Tarikh akhir tasmik:
Penggal 1 25 Mei 2016, Rabu
Penggal 2 31 Oktober 2016, Isnin

1. Silibus subjek Hafazan di atas adalah seperti yang telah ditaklimatkan oleh pihak Penolong Akademik SMI di awal tahun kepada ibubapa dan para pelajar-pelajar.

2. Semua pelajar diwajibkan untuk.menghabiskan hafazan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Unit Al-Quran untuk penggal 1 sehingga 25 Mei 2016 (Rabu) dengan mendengarkan bacaan@ tasmik kepada guru Hafazan kelas masing-masing. Semoga Allah ganjari kesungguhan para pelajar yang berusaha memastikan target ini tercapai melalui setiap kelas-kelas hafazan mingguan yang telah dijadualkan.

3. Silibus penggal 1 adalah seperti berikut

Tingkatan 1 - Nuh, al-Qiamah & al-Insan
Tingkatan 2-  juzuk 1 hingga m/s 10 (al-Baqarah)
Tingkatan 3 - juzuk 2 hingga m/s 30 (al-Baqarah)

Tarikh akhir tasmik dengan guru2 hafazan kelas masing2 ialah 25 Mei 2016 (Rabu)

4. Sekiranya pelajar tidak berjaya menghabiskan silibus tersebut, Unit Al-quran akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa yg akan memaklumkan pelajar untuk WAJIB hadir ke Kem.Hafazan cuti sekolah yang akan bermula pada hari Selasa 31 Mei 2016 hingga Jumaat 3 Jun 2016 dengan bayaran denda sebanyak RM10 sehari.

Surat Jemputan Kem Hafazan Penggal 1
 


5. Seterusnya, dengan izin Allah taala, sekiranya pelajar ini berjaya dalam urusan tasmik dengan lancar & menghabiskan hafazan dalam tempoh sehari, makanya dia tidak perlu datang lagi keesokan hari. Pelajar akan diserahkan surat menyelesaikan hafazan yang ditetapkan:


Surat Tamat Silibus Penggal 1


Kami mengharapkn kerjasama tuan/puan agar memantau perkembangan dan pencapaian hafazan anak-anak setakat ini dengan merujuk kepada catatan rekod pada buku hafazan anak-anak dan memantau mereka di rumah.

Subjek Al-quran dan Hafazan adalah salah satu syarat untnk melayakkan pelajar naik ke tingkatan seterusnya tahun 2017 di sekolah ini.

Jazakumullah khairan kathira
PKA SMI

No comments:

Post a Comment