Monday 4 July 2016

PERJUMPAAN IBUBAPA BERSAMA PIHAK SEKOLAH BERKENAAN MAKANAN & KANTIN

Alhamdulillah pada 1 Julai 2016 lepas telah berlangsung sesi pertemuan di pejabat bilik mesyuarat sekolah menengah, beberapa ibubapa prihatin (turut serta wakil AJK PIBG, Dr Zaini) bersama Mudir sekolah menengah dan guru penasihat Kantin & Makanan sekolah.

Perbincangan berlaku dengan baik dan diserahkan juga beberapa aduan & susulan cadangan berkenaan pengurusan kantin & makanan sekolah. Pihak sekolah memberi komitmen untuk bekerjasama memastikan pihak kantin sekolah menambahbaik pengurusan operasi
penyedian makanan & kaedah pembayaran makanan bermula 12 Julai ini.

Beberapa aduan terdahulu yang telah dikumpulkan telah diserahkan salinan kepada pihak syarikat pengurusan sekolah serta pihak kantin sebagai tindakan susulan pertemuan ini. Semoga Allah mengganjari semua pihak berusaha memastikan mutu makanan & kesihatan warga Al-Amin Bangi terus bertambah baik insyaAllah.




No comments:

Post a Comment