Tuesday 7 November 2017

KEPUTUSAN PEMOHONANAN PELAJAR BARU SESI 2018

1- Keputusan Penerimaan Pelajar Sesi 2018

2- Kemasukan ke Tingkatan 4 adalah selepas makluman rasmi keputusan PT3 Bertulis
3- Sehubungan dengan itu, sekiranya anak tuan/puan berjaya, maka dikehendaki untuk mengambil surat tawaran di pejabat Sekolah Menengah Sri Al Amin Bangi.
Sila ;
▶ buat pembayaran yuran di kaunter kewangan (di pejabat kewangan)
▶ kembalikan semula surat penerimaan tawaran
urusan ini perlu dilakukan sebelum 30 November 2017.

4- Surat tawaran boleh diambil bermula Esok 9 Nov 2017 di pejabat Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.
5- Kepada yang tidak berjaya, pihak sekolah memohon maaf di atas kekurangan tempat.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Pengurusan SMSAAB

Friday 4 August 2017

Saturday 17 June 2017

Monday 8 May 2017

KEM HAFAZAN AL-QUR`AN CUTI SEKOLAH JUN 2017.



KEM HAFAZAN AL-QUR`AN CUTI SEKOLAH JUN 2017.
HATI BERSAMA AL-QUR`AN.

MASA :
SESI 1:
29 Mei - 2 Jun 2017 (Isnin-Jumaat)
SESI 2:
5 - 9 Jun 2017 (Isnin-Jumaat)

TEMPAT :
Maahad Tahfiz Sri Al-amin Bangi (Cawangan Serdang).
3456 Jalan 18/60, Taman Sri Serdang.

ü    Penginapan & makanan disediakan
ü    Terbuka untuk pelajar lelaki sahaja

SASARAN :
1. Murid-murid darjah 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi/Nilai dan Sekolah-sekolah Rangkaian Ikram-Musleh
2. Pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.
3. Pelajar-pelajar /Murid-murid luar yang berminat untuk mengikuti kem hafazan.

VISI :
Merealisasikan falsafah pendidikan yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah.

MISI :
Melahirkan Generasi baru yang beramal dan berakhlak dengan
Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah dan sedia berkhidmat untuk ummah.

OBJEKTIF :
1. Memantapkan bacaan Al-qur`an dan penguasaan Tajwid.

2. Membiasakan peserta kepada suasana sistem pembelajaran Tahfiz dan kehidupan asrama.

3. Mengisi masa cuti sekolah dengan hafalan Al-Qur`an dan Tahsin Solat.

MODUL :
Peserta dapat menghafal Surah atau juzuk yang dipilih oleh peserta sendiri.

YURAN : RM 200.00 untuk 1 sesi, bagi yang memilih 2 sesi diskaun akan diberikan sebanyak RM 50.00 

TEMPAT PENDAFTARAN :
Pejabat Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :
Jumaat, 26 Mei 2017

BORANG PENDAFTARAN:
Pendaftaran atas talian


Wednesday 3 May 2017

MUDIR DI KARNIVAL KERJAYA FPI UKM BANGI


Sesi Forum Bual Bicara: Kerjaya Dunia Pendidikan
Tarikh: 3 Meo 2017
Tempat: Fakulti Pendidikan UKM Bangi






Montaj sekitar perjalanan Program Hala Tuju Graduan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Tempat: Dewan Sarjana dan Lobi Ilmuan FPI UKM
Tarikh: 03-05 Mei 2017

Sunday 1 January 2017

Jom Kenali Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)




APA ITU PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.