Sunday, 18 February 2018

AKTIVITI SEKOLAH SEMPENA KEMPEN IBADAH YANG SOHEH



1- Poster shortfilm contest
2- Poster promo pertandingan perang poster
3- Poster pertandingan nasyid (bersama dengan Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran)

Saturday, 17 February 2018

SARANA SEKOLAH & SARANA IBU BAPA

 

MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT SMSAAB 2018


Jom cungkil, asah dan serlahkan bakat #generasialamin!!
Jom sertai pertandingan MTQ & FNS (Peringkat SMSAAB) 2018


Tarikh: 21/2/18 (Rabu)
Masa: 3.30-5.00 petang
Tempat: SM Sri Al-Amin Bangi (Rujuk di bawah utk lokasi setiap acara)


ACARA:
Tilawah Al-Quran (Lelaki): 3 Al-Kindi
Tilawah Al-Quran (Perempuan): 1 Al-Kindi
Hafazan (Lelaki): 2 Al-Kindi
Hafazan (Perempuan): 1 Al-Biruni
Syarahan Spontan (Lelaki): 2 Al-Jabir
Syarahan Spontan (Perempuan): 1 Al-Jabir
Nasyid (Lelaki sahaja): Qo'ah Al-Amin Bangi

Jom daftar sekarang! di SINI:
https://tinyurl.com/mtq-fns2018


Pendaftaran bagi setiap acara dibuka sehingga jam 2 petang, 20 Februari 2018 sahaja.

sila berada di tempat pertandingan yang telah ditetapkan, pada masa yg telah ditetapkan

☎untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Muallim Zaim 019-969 1557
Muallimah Atiqah 012-235 5435

Ketahui syarat-syarat dan butiran pertandingan serta aspek-aspek yang dinilai bagi setiap acara, dan dapatkan tip-tip meraih markah dalam acara syarahan spontan, semuanya di https://smsaab.blogspot.my/?m=1

ACARA SYARAHAN MTQ PERINGKAT SMSAAB 2018

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat pertandingan syarahan MTQ Peringkat SMSAAB 2018




ACARA HAFAZAN MTQ PERINGKAT SMSAAB 2018

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat pertandingan hafazan MTQ Peringkat SMSAAB 2018



ACARA TILAWAH ALQURAN MTQ PERINGKAT SEKOLAH

Berikut adalah butiran dan syarat-syarat 
bagi acara Tilawah Al-Quran MTQ Peringkat SMSAAB 2018




Friday, 16 February 2018

SELAMAT TAHUN BARU CINA


 恭喜发财
gōng xǐ fā cái

Gong Xi Fa Cai 
membawa maksud

“tahniah, semoga bertambah kekayaan/rezeki/kemakmuran”.
atau
Semoga murah rezeki

Monday, 22 January 2018

Daurah KRSM Musleh

Pada 20 dan 21 Januari 2018 juga telah diadakan Daurah Jurulatih KRSM Siri 1 di Pejabat IKRAM Seri Kembangan. Daurah Jurulatih ini diadakan bagi tujuan memberi penjelasan kefahaman Islam yang jelas dalam memastikan program Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dapat diadakan selari dengan objektif sebenar penubuhan KRS Musleh. Pihak SM Sri Al-Amin Bangi telah menghantar seorang peserta iaitu Muallim Mohd Zaim bin Mohd Nadzir selaku Penyelaras Badan Beruniform sekolah. Diharapkan Daurah ini dapat membantu pelancaran aktiviti KRS Musleh di sekolah.





Kursus Pengurusan Kelab Persatuan & Olahraga Sukan

Pada 20 dan 21 Januari 2018, telah diadakan Kursus Pengurusan Kelab Persatuan & Olahraga Sukan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Kadet Remaja Sekolah Musleh dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang serta Pusat Sukan dan Rekreasi USM Pulau Pinang. Kursus ini telah disertai oleh ahli Bahagian Kokurikulum SM Sri Al-Amin Bangi, Muallimah Suraya binti Mahmud ( Setiausaha Kokurikulum ), Muallimah Atiqah binti Azman ( Penyelaras Sukan & Permainan dan Muallim Mohd Aiman bin Badrul Khair ( Unit MSSD & Sukan ). Diharapkan Bahagian Kokurikulum dapat meningkatkan prestasi dalam menghasilkan pembinaan Insan Rabbani.










Tuesday, 16 January 2018

Ujian SEGAK 2018

Assalamualaikum

Untuk makluman Warga SM Sri Al-Amin Bangi, Ujian SEGAK akan diadakan secara berbeza untuk Tingkatan 1 hingga 5.

Semua pelajar Tingkatan 1 dan 2 akan menjalankan Ujian SEGAK ketika waktu pDpC Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bersama guru PJK masing-masing.

Pelajar Tingkatan 3 hingga 5 akan menjalankan Ujian SEGAK dibawah seliaan Bahagian Kokurikulum SM Sri Al-Amin Bangi pada tarikh seperti yang tertera di bawah.


Harap semua dapat bersedia lebih awal. Harap maklum

Saturday, 13 January 2018

TAKLIMAT IBUBAPA 13 JANUARI 2018

Program   : Taklimat Ibu Bapa / Penjaga SMSAAB 2018
Hari/Tarikh : Sabtu, 13 Januari 2018
Tempat   : Qoah Al-Amin & Kelas masing-masing
Waktu   : 8.30 - 11.45 pagi
Aturcara :
8.30 - 9.00 pagi Pendaftaran & sarapan ringan (bungkus)
9.00 - 11.15 pagi Taklimat Mudir, Penolong Kanan Unit Pembangunan Insan,
Hal Ehwal PelajarKo-Kurikulum, & Akademik

11.15 - 11.30
pagi Pengenalan Guru/ Mentor Kelas & Sesi soal jawab

11.30
pagi Pertemuan Bersama Guru Kelas bagi penubuhan kelab kelas
masing-masing.

11.45
pagi Bersurai

TUGASAN BAGI URUSAN DALAM KELAS BERSAMA MENTOR/GURU:
1-Berkenalan ibubapa, ambil kehadiran yang hadir
2-Lantik Wakil kelas Ibu & Ayah
3-Lantikan AJK Lain (Optional)


Sesi Pengenalan Para Murabbi

Guru-guru menanti kehadiran ibubapa

4.-Makluman tentang Headcount perlu penglibatan ibubapa
5-Cadangan program/aktiviti/sumbangan kepada kelas

MUAT TURUN SLIDE TAKLIMAT DI SINI


Friday, 5 January 2018

Senarai Sukan Permainan dan Jadual Gerak Kerja Sukan Permainan 2018

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun 2018 memperlihatkan pertambahan bilangan Sukan & Permainan di SM Sri Al-Amin Bangi. Semoga pertambahan ini melahirkan lebih ramai anak-anak insan rabbani yang kuat, berdaya tahan dan berkepimpinan di masa hadapan.

Thursday, 4 January 2018

Takwim 2018 Kokurikulum

Mohon semua merujuk kepada Takwim Kokurikulum 2018 sebagai Panduan. Terima Kasih

Senarai Kelab Persatuan dan Jadual Gerak Kerja Kelab Persatuan 2018

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun 2018 memperlihatkan pertambahan bilangan Kelab & Persatuan di SM Sri Al-Amin Bangi. Semoga pertambahan ini melahirkan lebih ramai anak-anak insan rabbani yang berkaliber dan berkepimpinan di masa hadapan.

Wednesday, 3 January 2018